TOPIK 2 : PECAHAN
Apa maksud pecahan wajar dan pecahan tak wajar?
Pecahan wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih kecil daripada penyebut
- (pengangka < penyebut) - contoh, 4/7
Pecahan tak wajar:
- pecahan yang pengangkanya lebih besar daripada atau
sama dengan penyebut
- (pengangka ≫ penyebut)
- contoh, 6/5
Cara menukar pecahan tak wajar kepada nombor bulat adalah seperti berikut:
​
Bagaimana hendak mengetahui nombor yang diwakili oleh bahagian berwarna?
Antara caranya ialah: 9 ÷ 3 = 3
9 mewakili bilangan yang terdapat di dalam gambar rajah, manakala 3 pula mewakili pecahan yang terdapat dalam satu bulatan.
Oleh itu, bahagikan nilai 9 dan 3.
Jumlahnya ialah 3.
Jawapan bagi bahagian berwarna ialah 9/3 atau 3.
Nombor bulat boleh juga ditulis dalam bentuk pecahan.
Misalnya, 4 = 4/1 , 7 = 7/1